Rabu, Mei 30, 2012

kaedah 2000

dicadangkan kaedah mengeluarkan hukum (ugama dan materi):
1. qur'an
2. hadits
3. ijma'
4. qias
5. empirik
6. induksi

Jumaat, Mac 16, 2012

evolusi keseksan

ada diaorang kata ditemui yang kecenderungan homoseksan terdawai di otak. tapi ini bercanggah dengan diaorang punya ide evolusi - kemandirian yang cocok - kerana kehomoseksan ini bukan suatu yang menguntungkan reproduksi jadi sepatutnya tidak tergalak terevolusi. hah!

Rabu, Februari 22, 2012

fardu kifayah

fardu ain ialah fardu ke atas individu.
jadi fardu kifayah ialah fardu ke atas masyarakat?
(bukan sekadar "orang buat, aku tak payah").

bezanya?
lihat sembahyang berjemaah - fardu kifayah.

kalau sekadar o.b.a.t.p., maka kalau tak ada
jemaah dalam kampung tu, orang perempuan tak
berdosalah.

tapi kalau berjemaah sembahyang tu fardu ke
atas masyarakat, maka selagi jemaah sembahyang
tidak didirikan dikampung tu, orang perempuan
pun berdosa. orang perempuan kena usahakan
orang lelaki mendirikan jemaah, walaupun orang
perempuan sendiri tak perlu berjemaah.

Selasa, Disember 13, 2011

heliks

Beberapa malam yang lepas, ada gerhana bulaan.

Akhbar pun siap memaparkan fasa-fasa dalam berlakunya gerhana ini, dengan gambarajah kedudukan bulan dan bumi. Bulan bergerak dalam orbit keliling bumi, dan bumi bergerak (dalam orbit juga, tapi dengan jejari yang lebih besar) terhadap matahari. Jadi pergerakan bulan terhadap matahari pada fasa-fasa dalam gambarajah ini seperti fasa-fasa dalam pergerakan heliksan, seperti kedudukan-kedudukan teragih di atas heliks.

Dalam surah yasin, ayat 39, kurang-lebih, disebut, "dan bulan, Kami telah ukurkan baginya stesen-stesen sehingga ia kembali seperti tangkai tamar yang tua."

Ambil tangkai tamar dan buangkan buah-buah tamar darinya. Tinggallah tangkai dengan stesen-stesen tamar sahaja, yang seperti kedudukan-kedudukan teragih di atas heliks.

Ini ditunjukkan kepada saya oleh seorang saudara tempoh hari di perkarangan Surau alMuttaqun, Subang Jaya.

Dengan itu, ayat dalam surah yasin ini mengandungi pegetahuan tersirat (1430 tahun yang lalu) bahawa:
1. bulan mempunyai pergerakan heliks: bulan mengelilingi bumi dan bumi bergerak
2. stesen-stesen tamar di atas tangkai berbentuk heliks, mencerminkan proses morfologi tangkai tersebut yang membabitkan heliks.

Yang menarik, jika ada siapa-siapa yang boleh menyemak samada ketanganan heliks-heliks ini sama atau tidak. Kalau tak silap saya hari tu, tangkai tamar itu (seperti heliks DNA) mempunyai ketanganan kanan (tangan kanan digenggam, jari-jari menunjukkan arah putaran, ibujari menunjukkan arah keseleruhan heliks).


qudrat

Malam tu ustaz bahaskan tauhid berdasarkan kitab Syeikh Zainal Abidin alFatani (Tauhid Annajin).

Dia kata takluk sifat qudrat Allah SWT adalah pada yang mumkinat (yang mungkin), dan bukan yang mustahil.

Jadi, jawapan kepada, "Berkuasakah Allah untuk menjadikan kita di luar kawalannya?", ialah bukan, "Tak berkuasa", tapi, "Bukan dalam takluk qudrat", oleh kerana mustahil kita di luar kawalan Dia.

Selasa, November 15, 2011

7 dan 7

Ada tujuh warna dalam pelangi.
Ada tujuh nota dalam satu skala muzik.
Ada hubungan neurologian.....?

Jumaat, Oktober 28, 2011

matematik & realiti - spin

Kalau dilihat dari sudut penerbitan persamaan Weyl atau persamaan Dirac dari pengkuantuman tenaga kerelatifan, spin adalah artifak matematik. Tenaga kerelatifan tak linear, E2 = p2 + m2 (dalam unit di mana c = 1), jadi pengkuantuman berkanun terus memberikan persamaan tak linear (persamaan Klein-Gordon), yang kurang cocok dengan mekanik kuantum yang linear bersama persamaan Schroedinger. Pelinearan hubungan di antara tenaga E, momentum p dan jisim m, memerlukan diperkenalkan nombor-nombor σ atau γ yang antikomut. Bahkan, nombor-nombor ini bertelatah (yakni, punyai algebra yang sama) seperti operator untuk momentum sudut, dengan nilai eigen 1/2. Jadi boleh dikatakan, tafsiran spin itu agak kebetulan, akibat struktur matematik yang ada. Bahkan lagi, ini satu contoh di mana struktur matematik menentukan fiziknya (biasanya, terbalik!).

Namun, spin ini bercampur dengan momentum sudut orbitan dalam kerangka momentum sudut. Jadi, spin ini bukan hanya artifak matematik, tapi benar-benar momentum sudut! Yakah?